MENGENAI KAMI
Perutusan Pengarah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Ilmu, Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP, |
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih diberi kesihatan yang baik dan masih dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan olehNya kepada kita semua. Syukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan limpahNya Pejabat Audit Dalam dapat berfungsi dengan baik sepanjang tahun 2023. Dengan izin Allah juga, Pejabat Audit Dalam berjaya menghasilkan Buku Laporan Tahunan 2023.
Pada tahun ini, Pejabat Audit Dalam secara tidak langsung telah terlibat dalam pengauditan Susulan Autonomi UniMAP bagi komponen kewangan dan penjanaan pendapatan setelah mendapat arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain itu, berdasarkan surat arahan daripada KPT, pengauditan Pengurusan UNIMAP Holdings Sdn. Bhd. Dan Subsidiari juga telah dilaksanakan dengan mengemukakan Laporan Pengauditan kepada pihak KPT. Pengauditan Dalaman yang telah selesai dilaksanakan merujuk kepada Rancangan Audit Tahunan adalah Auditan Susulan Penyata Kewangan UniMAP, Auditan Pengurusan Rekod Buku Perkhidmatan Staf UniMAP Yang Akan Berpencen serta Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Di Pusat Perumahan Pelajar, UniMAP.
Semua staf Pejabat Audit Dalam telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membantu UniMAP dan pihak yang terlibat sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai.
Segala teguran dan syor yang telah dibangkitkan perlu diberi perhatian oleh semua warga UniMAP bagi memastikan prosedur kewangan, governan dan tadbir urus dipatuhi.
Tahniah diucapkan kepada semua staf Pejabat Audit Dalam kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Yakinlah bahawa setiap langkah yang telah diatur adalah bagi memastikan Pejabat Audit Dalam mendapat ganjaran yang terbaik walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada Naib Canselor yang sentiasa menyokong Pejabat Audit Dalam dan semua warga UniMAP yang turut memberi komitmen kepada Pejabat Audit Dalam. Terima kasih juga kepada semua staf Pejabat Audit Dalam di atas komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan selama ini.
MEMBIASAKAN YANG BETUL
MEMBETULKAN YANG BIASA
Sekian, terima kasih.
Normiza Binti Othman
Pengarah
Pejabat Audit Dalam
Universiti Malaysia Perlis
Sejarah Penubuhan Pejabat Audit Unimap
Pejabat Audit Dalam (IAO) UniMAP yang dahulunya dikenali sebagai Unit Audit Dalam telah ditubuhkan pada 12 Mei 2003 selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998, Perkara 7, iaitu Peranan Pejabat Audit Dalam (dibatalkan dan digantikan dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 5 Tahun 2024, Perkara 6 iaitu Peranan Unit Audit Dalam). Unit Audit Dalam telah dijenamakan semula kepada Pejabat Audit Dalam pada 15 April 2020. Pejabat Audit Dalam UniMAP bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor. Sehingga bulan Disember 2024, jumlah keseluruhan staf Pejabat Audit Dalam adalah seramai 11 orang bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan
MISI PEJABAT AUDIT DALAM
Melaksanakan Pengauditan Secara Telus, Bebas, Dan Saksama Untuk Kepentingan Pihak Universiti Ke Arah Meningkatkan Akauntabiliti, Integriti, Objektiviti, Kompetensi Dan Kepatuhan Melalui Auditan Berkualiti
MISI, VISI & OBJEKTIF
VISI PEJABAT AUDIT DALAM
Menjadi Pemangkin Kecemerlangan Universiti |
OBJEKTIF PEJABAT AUDIT DALAM
Memastikan Universiti Malaysia Perlis sentiasa berada di atas landasan tadbir urus kewangan dan pentadbiran yang cemerlang melalui peningkatan tahap pematuhan kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan
CARTA ORGANISASI

Senarai Keahlian Jawatankuasa Audit UniMAP Terkini
Jawatankuasa ini memastikan kewangan universiti dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan yang betul.

YBrs. Tuan Haji Muhamed Ali Bin Hajah Mydin
Ketua Pegawai Eksekutif
Walta Idealville Automation Sdn. Bhd.
Tempoh Lantikan: 10 Oktober 2024 - 30 Jun 2026

YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood
Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Kementerian Pengajian Tinggi
Tempoh Lantikan: 12 September 2022 - 11 September 2025
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Pejabat Audit Dalam Universiti Malaysia Perlis akan sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa mengamalkan integriti dan pertimbangan yang adil kepada semua pelanggan. Janji kami adalah seperti berikut: |
|
|
|
|
|
Nota: Mesyuarat JKA Kali Ke-22, Bilangan 1/2017 (24 Februari 2017) |
Fungsi Utama Jabatan Audit
Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk menilai keberkesanan pelaksanaan fungsi perancangan, penyeliaan, arahan, dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan, dan peraturan pengurusan yang selaras dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.
Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman serta pengawasan operasi.
Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan, serta mengenal pasti kaedah untuk mengukur, menilai, dan melaporkan maklumat tersebut.
Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ia selaras dengan dasar dan peraturan, terutamanya dalam bidang yang mempengaruhi operasi, dan menilai pematuhan organisasi terhadapnya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai.
Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset serta mengesahkan kewujudan aset tersebut.
Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenal pasti peluang untuk meningkatkan penggunaannya, dan mencadangkan cara mengatasi masalah yang berkaitan.
Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditetapkan, serta memastikan pelaksanaan dilaksanakan mengikut perancangan.
Menyelaras tugas Pejabat Audit Dalam dengan Audit Luar.
Merancang, merekabentuk, membangun, dan melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer, terutamanya dalam aspek:
- Ciri-ciri kawalan,
- Ciri-ciri ketepatan,
- Keupayaan merekod dokumentasi, agar sistem ini dapat membantu Badan Berkanun mencapai matlamatnya.
Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan.
Melaporkan kepada pihak pengurusan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap teguran audit yang diterima.
Melaporkan kakitangan yang terlibat dalam penyelewengan.
Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh universiti mengambil kira pandangan audit sebelumnya.
Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil berdasarkan teguran audit.
Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit yang meliputi perkara berikut:
- Tindakan susulan terhadap penemuan audit yang penting,
- Peningkatan keberkesanan dan kelancaran operasi hasil daripada tindakan audit,
- Penyelarasan antara Audit Dalam dan Audit Luar bagi mengelakkan pertindihan,
- Perancangan kerja audit,
- Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja audit.
- Mengemukakan Laporan Pejabat Audit Dalam kepada Naib Canselor dan Ketua Setiausaha Kementerian.






