PENUBUHAN JAWATAN KUASA AUDIT

Jawatankuasa Audit (JKA) telah ditubuhkan melalui resolusi Lembaga Pengarah yang menggariskan objektif Jawatankuasa tersebut, tanggungjawab dan keanggotaannya. Jawatankuasa tersebut boleh dianggotai tiga (3) hingga lima (5) orang ahli terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif. JKA boleh melantik pengerusinya sendiri atau boleh juga dilantik oleh Lembaga Pengarah – (Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 (SPA 3/1998)). JKA KUKUM/UniMAP telah ditubuhkan pada 19 Oktober 2005 berdasarkan Minit 107, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-9.

FUNGSI DAN PERANAN JAWATANKUASA AUDIT

1) Mengkaji keperluan Pejabat Audit Dalam termasuk piagamnya. Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam.

2) Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah.

3) Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.

4) Memastikan bahawa Badan Berkanun sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa.

5) Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Pejabat Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan, serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar.

6) Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam Badan Berkanun yang berkenaan.

7) Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa

AHLI JAWATANKUASA AUDIT

Jawatankuasa ini memastikan kewangan universiti dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan yang betul.

YBrs. Encik Azhar bin Abdul Aziz

Pengerusi

Bahagian Dasar Perolehan Kerajaan - TKS(D)
Tempoh Lantikan: 19 Disember 2024 - 15 Oktober 2027

YBrs. Tuan Haji Muhamed Ali Bin Hajah Mydin

Ketua Pegawai Eksekutif

Walta Idealville Automation Sdn. Bhd.
Tempoh Lantikan: 10 Oktober 2024 - 30 Jun 2026

Puan Normiza binti Othman


Setiausaha

Pejabat Audit Dalam UniMAP
(Bermula 1 September 2022)

Scroll to Top