FAQ PEJABAT AUDIT DALAM

A. Umum & Profil Pejabat Audit Dalam

Apakah fungsi utama Pejabat

  • Menilai keberkesanan pelaksanaan dasar universiti.
  • Memastikan kawalan dalaman berfungsi dengan baik.
  • Mengkaji ketepatan maklumat kewangan dan operasi.
  • Menyelaraskan audit dalaman dengan audit luar.

Apakah objektif utama Pejabat Audit Dalam

Pejabat Audit Dalam bertujuan memastikan UniMAP mengamalkan tadbir urus kewangan dan pentadbiran yang cemerlang dengan:
    • Meningkatkan pematuhan undang-undang, peraturan, dan prosedur universiti.
    • Memperkukuh sistem kawalan dalaman.
    • Mendorong akauntabiliti dan integriti dalam operasi.

B. Prosedur Audit

Bagaimana Pejabat Audit Dalam menjamin kualiti audit?

Audit dilaksanakan berdasarkan prinsip telus, bebas, dan saksama selaras dengan misi Pejabat Audit Dalam, serta berpandukan:
  • Pekeliling/dasar universiti.
  • Standard audit antarabangsa.

Berapa lama masa untuk mengeluarkan laporan audit?

Laporan audit dikeluarkan dalam 14 hari bekerja selepas Exit Conference dengan PTJ terlibat (Piagam Pelanggan).

Bagaimana Pejabat Audit Dalam memastikan objektif pematuhan tercapai?

Melalui:
  • Audit berkala ke atas PTJ.
  • Cadangan penambahbaikan untuk isu kepatuhan.
  • Kerjasama dengan pihak pengurusan untuk tindakan susulan.

C. Laporan & Tindakan Susulan

Siapakah penerima utama laporan audit?

  • Naib Canselor UniMAP.
  • Jawatankuasa Audit (4 kali setahun).

Apa tindakan Pejabat Audit Dalam jika berlaku penyelewengan?

Pejabat Audit Dalam akan:
    • Laporkan kepada pengurusan tertinggi.
    • Cadangkan langkah pembetulan.
    • Pantau pelaksanaan tindakan susulan.

D. Hubungan dengan PTJ & Audit Luar

Bagaimana Pejabat Audit Dalam menyokong kecemerlangan universiti (visi Pejabat Audit Dalam)?

  • Bertindak sebagai pemangkin dengan mengenal pasti risiko dan pelaksanaan terbaik.
  • Berkongsi amalan audit terkini untuk peningkatan berterusan.

Adakah audit PAD mengganggu operasi PTJ?

  • Tidak. Audit dilaksanakan secara profesional dan kerjasama erat dengan PTJ untuk memastikan kelancaran operasi.
Scroll to Top