LATAR BELAKANG
Pejabat Audit Dalam (IAO) UniMAP yang dahulunya dikenali sebagai Unit Audit Dalam telah ditubuhkan pada 12 Mei 2003 selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998, Perkara 7, iaitu Peranan Pejabat Audit Dalam. Unit Audit Dalam telahdijenamakan semula kepada Pejabat Audit Dalam pada 15 April 2020. Pejabat Audit Dalam UniMAP bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor. Sehingga bulan Disember 2024, jumlah keseluruhan staf Pejabat Audit Dalam adalah seramai 11 orang bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.
Fungsi Utama Jabatan Audit
Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berasaskan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.
Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi. Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut
Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan, serta mengenal pasti kaedah untuk mengukur, menilai, dan melaporkan maklumat tersebut.
Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ia selaras dengan dasar dan peraturan, terutamanya dalam bidang yang mempengaruhi operasi, dan menilai pematuhan organisasi terhadapnya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai.
Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset serta mengesahkan kewujudan aset tersebut.
Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenal pasti peluang untuk meningkatkan penggunaannya, dan mencadangkan cara mengatasi masalah yang berkaitan.
Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditetapkan, serta memastikan pelaksanaan dilaksanakan mengikut perancangan.
Menyelaras tugas Pejabat Audit Dalam dengan Audit Luar.
Merancang, merekabentuk, membangun, dan melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer, terutamanya dalam aspek:
- Ciri-ciri kawalan,
- Ciri-ciri ketepatan,
- Keupayaan merekod dokumentasi, agar sistem ini dapat membantu Badan Berkanun mencapai matlamatnya.
Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan.
Melaporkan kepada pihak pengurusan tentang tindakan yang perlu diambil terhadap teguran audit yang diterima.
Melaporkan kakitangan yang terlibat dalam penyelewengan.
Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh universiti mengambil kira pandangan audit sebelumnya.
Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil berdasarkan teguran audit.
Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit yang meliputi perkara berikut:
- Tindakan susulan terhadap penemuan audit yang penting,
- Peningkatan keberkesanan dan kelancaran operasi hasil daripada tindakan audit,
- Penyelarasan antara Audit Dalam dan Audit Luar bagi mengelakkan pertindihan,
- Perancangan kerja audit,
- Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja audit.
- Mengemukakan Laporan Pejabat Audit Dalam kepada Naib Canselor dan Ketua Setiausaha Kementerian.






