PERUTUSAN PENGARAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP, Alhamdulillah, maha suci Allah yang menjadikan segala jua nikmat di alam ini. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi yang sentiasa memberi syafaat buat umatnya. Mudah mudahan kita terdiri dari golongan yang mendapat syafaat dan kemenangan di akhirat kelak. InsyaAllah.
Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih diberi kesihatan yang baik dan masih dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan olehNya kepada kita semua. Syukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan limpahNya Pejabat Audit Dalam dapat berfungsi dengan baik sepanjang tahun 2024. Dengan izin Allah juga, Pejabat Audit Dalam telah berjaya menghasilkan Buku Laporan Tahunan 2024.
Pada tahun ini, Pejabat Audit Dalam telah menyelesaikan beberapa siri pengauditan yang telah dirancang sepertimana di dalam Rancangan Audit Tahunan (RAT) yang diperaku dan diluluskan oleh Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit. Pengauditan Dalaman yang telah selesai dilaksanakan bagi tahun ini adalah Auditan Susulan Penyata Kewangan UniMAP, Auditan Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan di Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP, Auditan Pengurusan Premis Perniagaan di UniMAP dan Auditan Pengurusan Nombor Plat Khas Kenderaan – UR.
Semua staf Pejabat Audit Dalam telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membantu UniMAP dan pihak yang terlibat sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Segala teguran dan syor yang telah dibangkitkan perlu diberi perhatian oleh semua warga UniMAP bagi memastikan tatakelola pengurusan pentadbiran dan kewangan dipatuhi.
Tahniah diucapkan kepada semua staf Pejabat Audit Dalam kerana telah bertungkus lumus dan memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Yakinlah bahawa setiap langkah yang telah diatur adalah bagi memastikan Pejabat Audit Dalam mendapat ganjaran yang terbaik walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada Naib Canselor yang sentiasa menyokong Pejabat Audit Dalam dan semua warga UniMAP yang turut memberi komitmen kepad Pejabat Audit Dalam. Terima kasih juga kepada semua staf Pejabat Audit Dalam di atas komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan selama ini.
MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA
Sekian,
Normiza Othman
Pengarah
Pejabat Audit Dalam
Universiti Malaysia Perlis.