FUNGSI UTAMA
Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah
FUNGSI UTAMA JAWATANKUASA AUDIT
Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah
FUNGSI UTAMA
Memastikan Universiti sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa

FUNGSI UTAMA JABATANKUASA AUDIT

Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik
Ciri-ciri ketepatan
Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya
Ciri-ciri kawalan
Mengemukakan Laporan Pejabat Audit Dalam kepada Naib Canselor dan kepada Ketua Setiausaha Kementerian

PENUBUHAN PEJABAT AUDIT DALAM UniMAP

Pejabat Audit Dalam (IAO) UniMAP yang dahulunya dikenali sebagai Unit Audit Dalam telah ditubuhkan pada 12 Mei 2003 selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998, Perkara 7, iaitu Peranan Pejabat Audit Dalam (dibatalkan dan digantikan dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 5 Tahun 2024, Perkara 6 iaitu Peranan Unit Audit Dalam). Unit Audit Dalam telah dijenamakan semula kepada Pejabat Audit Dalam pada 15 April 2020. Pejabat Audit Dalam UniMAP bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor. Sehingga bulan Disember 2024, jumlah keseluruhan staf Pejabat Audit Dalam adalah seramai 11 orang bagi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan
OBJEKTIF PENUBUHAN
Membantu Lembaga Pengarah UniMAP mengawal dan mengawasi Dasar dan Sistem Perakaunan, Sistem Kawalan Dalaman, Laporan Kewangan dan Operasi di setiap peringkat pengurusan
KOMPOSISI DAN KEAHLIAN
Bagi tujuan meneliti kedua-dua laporan Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar, Lembaga Pengarah Badan Berkanun hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Audit yang keahliannya dilantik daripada kalangan Ahli lembaga pengarah

Program Audit

JA Purity IV is a versatile and user-friendly Joomla template that's perfect for any type of project, from personal blogs to professional businesses. With its simple yet customizable interface, you can get started in minutes and tailor it to fit your specific

17 Years of Experience in Joomla Development

Our experienced Joomla! developers have built Purity IV, one of our best templates. Trust our expertise and choose Purity IV for your website needs.

JA Purity IV is a free, feature-rich Joomla template for building professional websites. With clean design and easy-to-use interface, it's a great option for businesses, portfolios, and blogs. Download it today to start creating your dream website!