1.0 LATAR BELAKANG

 

1.1 Cadangan penubuhan JKA KUKUM telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Exco pada 09 Ogos 2005. Cadangan tersebut merangkumi:

1.1.1 Asas penubuhan JKA dengan menerima pakai Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998;

1.1.2 Objektif penubuhan;

1.1.3 Fungsi utama;

1.1.4 Ahli JKA;

1.1.5 Tatacara mesyuarat;

1.1.6 Urusetia

1.2 Seterusnya cadangan menerima pakai Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 berkenaan penubuhan JKA KUKUM juga telah dibentangkan dan diluluskan                           berdasarkan Minit 107, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-9 pada 19hb. Oktober 2005

 

 

2.0 TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

 

Asas Rujukan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

 

2.1 OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1.1 Membantu Lembaga Pengarah UniMAP mengawal dan mengawasi Dasar dan Sistem Perakaunan, Sistem Kawalan Dalaman, Laporan Kewangan dan Operasi di                 setiap peringkat pengurusan

2.1.2 Menentukan sumber-sumber kewangan dan operasi diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi objektif Lembaga Pengarah UniMAP

2.1.3 Memainkan peranan sebagai mekanisma penyemakan dan pengimbangan terhadap semua laporan pengurusan

2.1.4 Mengawasi dan mengawal semua fungsi Unit Audit Dalam (UAD)

 

2.2 KOMPOSISI DAN KEAHLIAN

2.2.1 Bagi tujuan meneliti kedua-dua laporan Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar, Lembaga Pengarah Badan Berkanun hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa                   Audit yang keahliannya dilantik daripada kalangan Ahli lembaga pengarah

2.2.2 Jawatankuasa Audit hendaklah ditubuhkan melalui resolusi Lembaga Pengarah yang menggariskan objektif jawatankuasa tersebut, tanggungjawab dan                              keanggotaannya. Jawatankuasa tersebut boleh dianggotai tiga (3) hingga lima (5) orang ahli terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif.                             Jawatankuasa Audit boleh melantik pengerusinya sendiri atau boleh juga dilantik oleh Lembaga Pengarah

2.2.3 Keahlian Jawatankuasa Audit UniMAP terdiri daripada:

2.2.3.1 Pengerusi - Seorang ahli daripada Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah UniMAP

2.2.3.2 Ahli – Dua (2) ahli daripada Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah UniMAP

2.2.3.3 Setiausaha – Pengarah Unit Audit Dalam UniMAP

2.2.4 Jawatankuasa Audit hendaklah membentangkan laporan setiap suku tahun di mesyuarat Lembaga Pengarah. Sekiranya tiada pemerhatian audit diterima,                         Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan demikian dalam laporan suku tahunnya

 

2.3 FUNGSI UTAMA JAWATANKUASA AUDIT

2.3.1 Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya

2.3.2 Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam

2.3.3 Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar

2.3.4 Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah

2.3.5 Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan

2.3.6 Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara                 lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah

2.3.7 Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/ kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat          sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam Universiti

2.3.8 Memastikan Universiti sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti                                 pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa

2.3.9 Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa

2.3.10 Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan untuk tindakan yang sesuai

 

2.4 TATACARA MESYUARAT

2.4.1 Kuorum:

2.4.1.1 Sekurang-kurangnya dua (2) orang Ahli termasuk Pengerusi

2.4.2 Tarikh Mesyuarat:

2.4.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Audit hendaklah diadakan pada tarikh yang dipersetujui oleh Pengerusi dan dua (2) orang ahli Jawatankuasa

2.4.3 Kekerapan Mesyuarat:

2.4.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun

2.4.4 Pemberitahuan Mesyuarat:

2.4.4.1 Pemberitahuan untuk mengadakan mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada ahli sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum tarikh mesyuarat

2.4.5 Jika Pengerusi Tidak Dapat Hadir:

2.4.5.1 Jika Pengerusi tidak dapat hadir, Pengerusi hendaklah mewakilkan kuasanya kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa Audit ataupun Ahli Jawatankuasa                       Audit boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat

2.4.6 Agenda dan Kertas Kerja:

2.4.6.1 Setiausaha hendaklah mengedarkan kepada ahli-ahli, agenda dan semua kertas-kerja serta dokumen berkenaan yang berbangkit daripada setiap                             perkara dalam agenda selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan

2.4.7 Agenda Tambahan:

2.4.7.1 Jika ada agenda tambahan lain yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat maka agenda tersebut hendaklah disampaikan kepada setiausaha sekurang-                  kurangnya tiga (3) hari sebelum mesyuarat diadakan

2.4.8 Mesyuarat Khas:

2.4.8.1 Sekiranya ada isu-isu yang perlu dibincangkan dengan segera, Pengerusi boleh memanggil satu mesyuarat khas diadakan

2.4.9 Edaran Minit:

2.4.9.1 Minit tiap-tiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat diadakan

2.4.10 Turut Hadir:

2.4.10.1 Jawatankuasa Audit boleh meminta pegawai-pegawai Universiti hadir memberi keterangan dalam mesyuaratnya dan juga boleh meminta dikemukakan rekod serta dokumen yang berhubung kait dengan perkara yang sedang diperiksa

 

2.5 URUSETIA

2.5.1  Pejabat Audit Dalam bertanggungjawab menguruskan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Audit

 

 

 

 

Senarai Keahlian Jawatankuasa Audit UniMAP terkini adalah seperti berikut:
 

Pengerusi
Yang Berusaha Tuan Md Farishzan Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Fiskal & Ekonomi
Kementerian Kewangan Malaysia
Tempoh Lantikan: 24 Mei 2023 - 14 September 2024

 
 
Ahli
YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood
Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Kementerian Pengajian Tinggi
Tempoh Lantikan: 12 September 2022 - 11 September 2025
 
Ahli
Yang Berusaha Encik Muhamed Ali Hajah Mydin
Ketua Pegawai Eksekutif
Walta Idealville Automation Sdn. Bhd.
Tempoh Lantikan: 2 Ogos 2023 - 30 Jun 2026
 
 
 
     
 
 

Setiausaha
Puan Normiza binti Othman
Pengarah
Pejabat Audit Dalam UniMAP 
(Bermula 1 September 2022)