Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Ilmu, Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP,
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih diberi kesihatan yang baik dan masih dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan olehNya kepada kita semua. Syukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan limpahNya Pejabat Audit Dalam dapat berfungsi dengan baik sepanjang tahun 2023. Dengan izin Allah juga, Pejabat Audit Dalam berjaya menghasilkan Buku Laporan Tahunan 2023.
Pada tahun ini, Pejabat Audit Dalam secara tidak langsung telah terlibat dalam pengauditan Susulan Autonomi UniMAP bagi komponen kewangan dan penjanaan pendapatan setelah mendapat arahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Selain itu, berdasarkan surat arahan daripada KPT, pengauditan Pengurusan UNIMAP Holdings Sdn. Bhd. Dan Subsidiari juga telah dilaksanakan dengan mengemukakan Laporan Pengauditan kepada pihak KPT. Pengauditan Dalaman yang telah selesai dilaksanakan merujuk kepada Rancangan Audit Tahunan adalah Auditan Susulan Penyata Kewangan UniMAP, Auditan Pengurusan Rekod Buku Perkhidmatan Staf UniMAP Yang Akan Berpencen serta Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Di Pusat Perumahan Pelajar, UniMAP.
Semua staf Pejabat Audit Dalam telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membantu UniMAP dan pihak yang terlibat sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai.
Segala teguran dan syor yang telah dibangkitkan perlu diberi perhatian oleh semua warga UniMAP bagi memastikan prosedur kewangan, governan dan tadbir urus dipatuhi.
Tahniah diucapkan kepada semua staf Pejabat Audit Dalam kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Yakinlah bahawa setiap langkah yang telah diatur adalah bagi memastikan Pejabat Audit Dalam mendapat ganjaran yang terbaik walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada Naib Canselor yang sentiasa menyokong Pejabat Audit Dalam dan semua warga UniMAP yang turut memberi komitmen kepada Pejabat Audit Dalam. Terima kasih juga kepada semua staf Pejabat Audit Dalam di atas komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan selama ini.
MEMBIASAKAN YANG BETUL MEMBETULKAN YANG BIASA
Sekian, terima kasih.
Normiza Binti Othman Pengarah Pejabat Audit Dalam Universiti Malaysia Perlis
|