User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

2005

1. Auditan Pengurusan Terimaan Tunai Di Jabatan Atau Unit Yang Diberi Kebenaran Mengutip Wang Bagi Pihak Universiti
 

2006

1. Auditan Pengurusan Stor Di Jabatan Pembangunan
2. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
   

2007

1. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
2. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer Dan Perhubungan (PPKKP)
3. Auditan Pengurusan Kenderaan Di Jabatan Pembangunan
 

2008

1. Auditan Khas Pengurusan Pembelian Peralatan Menggunakan Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
2. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE)
3. Auditan Pengurusan Gaji
4. Auditan Khas Pengurusan Kewangan Dan Aset Di Jabatan Keselamatan UniMAP
 

2009

1. Auditan Khas Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Pusat Kerjasama Industri (CIC)
2. Auditan Khas Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Di Unit Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
3. Auditan Khas Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Di Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)
4. Auditan Pengurusan Perolehan Di Jabatan Perpustakaan
5. Auditan Khas Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan Unit Kebudayaan Dan Rekreasi (UKR)
6. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan Di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan
7. Auditan Pengurusan Pinjaman Kenderaan Di Jabatan Bendahari
8. Auditan Pengurusan Kewangan Dan Pentadbiran Di Pejabat Pengetua UniMAP
 

2010

1. Auditan Pengurusan Perjawatan, Perkhidmatan Dan Pentadbiran Di Jabatan Pendaftar
2. Auditan Pengurusan Kewangan Dan Pengurusan Pentadbiran Di Pejabat Naib Canselor (PNC)
3. Auditan Pengurusan Jubah Untuk Istiadat Konvokesyen UniMAP
4. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan Di Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan (PPKP)
 

2011

1. Auditan Pengurusan Aset Di Unit Multimedia
2. Auditan Pengurusan Cenderahati Di Unit Komunikasi Korporat
3. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan Di Pusat Kemahiran Komunikasi Dan Keusahawanan
4. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan Di Unit Pengurusan Agroteknologi
5. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan Di Institut Matematik Kejuruteraan
6. Auditan Pengurusan Pentadbiran Dan Pengurusan Kewangan Di Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
 

2012

1. Auditan Pengurusan Kontrak Kerja Bagi Kerja-Kerja Pengubahsuaian Kampus Teragih UniMAP (UDC)
2. Auditan Pengurusan Aset ICT
3. Auditan Pengurusan Terimaan
4. Auditan Pengurusan Aset Dan Inventori Di Pusat Kesihatan UniMAP
 

2013

1. Auditan Khas Penggunaan Ruang Pejabat Di Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan Dan Teknousahawan
2. Auditan Khas Pengurusan Gaji
3. Auditan Pengurusan Kenderaan UniMAP (Sewaan)
4. Auditan Pengurusan Aset Dan Inventori Di Pusat Kejuruteraan UniMAP
5. Auditan Pengurusan Seminar Yang Dianjurkan Oleh UniMAP
 

2014

1. Auditan Khas Pengurusan Geran Di Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi
2. Auditan Khas Penganjuran Program Sukan Yang Dikendalikan Oleh UniMAP - SUKANUN
3. Auditan Pengurusan Kewangan Di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik
   

2015

1. Auditan Khas Pengurusan Hutang Pelajar
2. Auditan Susulan Pengurusan Terimaan Hasil Di Jabatan Keselamatan, UniMAP
3. Auditan Pengurusan Kewangan Di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik
 

2016

1. Auditan Khas Pengurusan Kewangan Di Industry Centre Of Excellence (ICoE) Healthcare Cluster
2. Auditan Pengurusan Kewangan Di Perpustakaan UniMAP
3. Auditan Pengurusan Kewangan Di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses UniMAP
 

2017

1. Auditan Pengurusan Kewangan – Indeks Akauntabiliti Di Pusat Islam UniMAP
2. Auditan Pengurusan Terimaan Tunai/Hasil Di Rumah Tetamu UniMAP
3. Auditan Pengurusan Kewangan – Indeks Akauntabiliti Di Anjung UniMAP Kulim
4. Auditan Pengurusan Elaun Dalam Perkhidmatan di Jabatan Pendaftar
5. Auditan Pengurusan Kewangan – Indeks Akauntabiliti Di Jabatan Pembangunan
6. Auditan Pengurusan Aset dan Inventori Di Fakulti Teknologi Kejuruteraan / Laporan Auditan Pengurusan Aset/Perolehan Di FTK
7. Auditan Pengurusan Kewangan – Indeks Akauntabiliti Di PPK Komputer Dan Perhubungan
8. Auditan Pengurusan Prasarana Di Pusat Sukan
9. Auditan Pelaksanaan Pemeriksaan Mengejut Di PTJ Terpilih
 

2018

1. Auditan Pengurusan Kewangan – Indeks Akauntabiliti Di Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UniMAP
2. Pengauditan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018
 

2019

1. Auditan Pengurusan Projek Yang Dibiayai Secara Private Finance Initiative (PFI)
2. Auditan Pengurusan Tadbir Urus Dan Governan Di Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Perlis (PKU)
3. Auditan Pengurusan Terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Unimap Holding Sdn. Bhd.
 

2020

1. Audit Pengurusan Ruang Di Premis UniMAP
2. Auditan Projek Harumanis Antara Pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) Dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Bagi Tapak Seluas 35 Ekar di Institut Agroteknologi Lestari (INSAT)
3. Auditan Pengurusan Taska & Tadika Di Pusat Islam Dan Pembangunan Insan

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Prof. Madya Dr. Othman Hashim

Pengarah ( 2012 - 2015 )

 

Cik Hasbalaila Alias

Pengarah ( 2016 - 2019 )

   

Encik Zulfatah bin Dzulkarnain

Pengarah ( Mac 2019 - 31 Ogos 2022 )

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

1.0 LATAR BELAKANG

 

1.1 Cadangan penubuhan JKA KUKUM telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Exco pada 09 Ogos 2005. Cadangan tersebut merangkumi:

1.1.1 Asas penubuhan JKA dengan menerima pakai Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998;

1.1.2 Objektif penubuhan;

1.1.3 Fungsi utama;

1.1.4 Ahli JKA;

1.1.5 Tatacara mesyuarat;

1.1.6 Urusetia

1.2 Seterusnya cadangan menerima pakai Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 berkenaan penubuhan JKA KUKUM juga telah dibentangkan dan diluluskan                           berdasarkan Minit 107, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-9 pada 19hb. Oktober 2005

 

 

2.0 TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

 

Asas Rujukan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

 

2.1 OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1.1 Membantu Lembaga Pengarah UniMAP mengawal dan mengawasi Dasar dan Sistem Perakaunan, Sistem Kawalan Dalaman, Laporan Kewangan dan Operasi di                 setiap peringkat pengurusan

2.1.2 Menentukan sumber-sumber kewangan dan operasi diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi objektif Lembaga Pengarah UniMAP

2.1.3 Memainkan peranan sebagai mekanisma penyemakan dan pengimbangan terhadap semua laporan pengurusan

2.1.4 Mengawasi dan mengawal semua fungsi Unit Audit Dalam (UAD)

 

2.2 KOMPOSISI DAN KEAHLIAN

2.2.1 Bagi tujuan meneliti kedua-dua laporan Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar, Lembaga Pengarah Badan Berkanun hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa                   Audit yang keahliannya dilantik daripada kalangan Ahli lembaga pengarah

2.2.2 Jawatankuasa Audit hendaklah ditubuhkan melalui resolusi Lembaga Pengarah yang menggariskan objektif jawatankuasa tersebut, tanggungjawab dan                              keanggotaannya. Jawatankuasa tersebut boleh dianggotai tiga (3) hingga lima (5) orang ahli terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif.                             Jawatankuasa Audit boleh melantik pengerusinya sendiri atau boleh juga dilantik oleh Lembaga Pengarah

2.2.3 Keahlian Jawatankuasa Audit UniMAP terdiri daripada:

2.2.3.1 Pengerusi - Seorang ahli daripada Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah UniMAP

2.2.3.2 Ahli – Dua (2) ahli daripada Lembaga Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah UniMAP

2.2.3.3 Setiausaha – Pengarah Unit Audit Dalam UniMAP

2.2.4 Jawatankuasa Audit hendaklah membentangkan laporan setiap suku tahun di mesyuarat Lembaga Pengarah. Sekiranya tiada pemerhatian audit diterima,                         Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan demikian dalam laporan suku tahunnya

 

2.3 FUNGSI UTAMA JAWATANKUASA AUDIT

2.3.1 Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya

2.3.2 Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam

2.3.3 Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar

2.3.4 Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah

2.3.5 Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan

2.3.6 Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara                 lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah

2.3.7 Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/ kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat          sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam Universiti

2.3.8 Memastikan Universiti sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti                                 pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa

2.3.9 Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa

2.3.10 Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan untuk tindakan yang sesuai

 

2.4 TATACARA MESYUARAT

2.4.1 Kuorum:

2.4.1.1 Sekurang-kurangnya dua (2) orang Ahli termasuk Pengerusi

2.4.2 Tarikh Mesyuarat:

2.4.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Audit hendaklah diadakan pada tarikh yang dipersetujui oleh Pengerusi dan dua (2) orang ahli Jawatankuasa

2.4.3 Kekerapan Mesyuarat:

2.4.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun

2.4.4 Pemberitahuan Mesyuarat:

2.4.4.1 Pemberitahuan untuk mengadakan mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada ahli sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum tarikh mesyuarat

2.4.5 Jika Pengerusi Tidak Dapat Hadir:

2.4.5.1 Jika Pengerusi tidak dapat hadir, Pengerusi hendaklah mewakilkan kuasanya kepada mana-mana Ahli Jawatankuasa Audit ataupun Ahli Jawatankuasa                       Audit boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat

2.4.6 Agenda dan Kertas Kerja:

2.4.6.1 Setiausaha hendaklah mengedarkan kepada ahli-ahli, agenda dan semua kertas-kerja serta dokumen berkenaan yang berbangkit daripada setiap                             perkara dalam agenda selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat diadakan

2.4.7 Agenda Tambahan:

2.4.7.1 Jika ada agenda tambahan lain yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat maka agenda tersebut hendaklah disampaikan kepada setiausaha sekurang-                  kurangnya tiga (3) hari sebelum mesyuarat diadakan

2.4.8 Mesyuarat Khas:

2.4.8.1 Sekiranya ada isu-isu yang perlu dibincangkan dengan segera, Pengerusi boleh memanggil satu mesyuarat khas diadakan

2.4.9 Edaran Minit:

2.4.9.1 Minit tiap-tiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat diadakan

2.4.10 Turut Hadir:

2.4.10.1 Jawatankuasa Audit boleh meminta pegawai-pegawai Universiti hadir memberi keterangan dalam mesyuaratnya dan juga boleh meminta dikemukakan rekod serta dokumen yang berhubung kait dengan perkara yang sedang diperiksa

 

2.5 URUSETIA

2.5.1  Pejabat Audit Dalam bertanggungjawab menguruskan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Audit

 

 

 

 

Senarai Keahlian Jawatankuasa Audit UniMAP terkini adalah seperti berikut:
 
 

 

Pengerusi
YBrs. Tuan Haji Muhamed Ali Bin Hajah Mydin
Ketua Pegawai Eksekutif
Walta Idealville Automation Sdn. Bhd.
Tempoh Lantikan: 10 Oktober 2024 - 30 Jun 2026
 
 
 
Ahli
YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood
Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Kementerian Pengajian Tinggi
Tempoh Lantikan: 12 September 2022 - 11 September 2025
 
 
 

Setiausaha
Puan Normiza binti Othman
Pengarah
Pejabat Audit Dalam UniMAP 
(Bermula 1 September 2022)

 
 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Apakah tanggungjawab Pejabat Audit Dalam?

Tanggungjawab Pejabat Audit Dalam, Universiti Malaysia Perlis ialah menjalankan pengauditan secara bebas (independent) ke atas semua Jabatan/Pusat/Pusat Pengajian/Bahagian/Unit di bawah pentadbiran Universiti Malaysia Perlis serta seterusnya melaporkan hasil-hasil penemuan itu kepada pihak auditi yang berkenaan sebelum dibawa ke Jawatankuasa Audit (JKA)

Apakah objektif audit?

Memastikan pengurusan berkualiti yang mematuhi peraturan, garis panduan, polisi serta dasar kerajaan. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan serta memberi cadangan untuk pembaikan
Memastikan semua operasi yang dijalankan mempunyai standard, manual prosedur kerja yang sistematik serta berkualiti
Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan serta memberi cadangan untuk pembaikan
Menentukan keberkesanan sistem kawalan dalaman semua operasi

Mengapa pengauditan perlu dijalankan?

Tujuan pengauditan dijalankan adalah bagi memastikan setiap PTJ mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan urus tadbir organisasi mengikut amalan pengurusan yang terbaik yang merangkumi kecekapan, keberkesanan, dan ekonomi berhubung dengan kewangan
 

Apakah jenis pengauditan yang terlibat?

Jenis pengauditan terdiri daripada:-

Pengauditan Prestasi, Pengauditan Khas dan Pengauditan Susulan

 

Apakah yang dimaksudkan pengauditan?

Pengauditan merupakan penilaian, pemeriksaan dan analisis yang bersistematik ke atas penyata kewangan, operasi, rekod dan pengurusan pentadbiran sesuatu organisasi untuk memastikan samada ianya mengikut polisi, peraturan kewangan/perakaunan dan tatacara  yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa

 

Apakah Audit Susulan?

Audit susulan adalah satu pengauditan yang dibuat untuk memastikan perkara-perkara yang telah dipersetujui untuk diambil tindakan pembetulan telah dilakukan oleh pihak pengurusan yang diaudit (Auditee) seperti mana yang telah dinyatakan dalam laporan audit asal. Audit susulan biasanya dijalankan selepas 3 bulan laporan audit dikeluarkan kepada auditee dan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA)

 

Apakah perbezaan antara audit dalam dan audit luar?

Audit Dalam
Ianya ditubuh berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998, Perkara 7, iaitu Peranan Unit Audit Dalam
Lapor kepada Jawatankuasa Audit (JKA) dari segi fungsi audit
Skop auditan ialah pengurusan, kewangan, prestasi, teknologi maklumat dan audit khas
Staf Audit Dalam terdiri daripada staf UniMAP
Audit Dalam ditubuhkan dibawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Naib Canselor
 
Audit Luar
Ianya ditubuhkan dibawah Akta Audit 1957
Lapor kepada Parlimen
Skop auditan memberi tumpuan kepada penyata kewangan
Staf Audit Luar terdiri daripada staf Jabatan Audit Negara
Audit Luar ditetapkan oleh statut dan bertanggungjawab kepada Parlimen
 

 

 

Normiza binti Othman
Pengarah (WA12)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414319

1 September 2022 - sekarang

 

Siti Fairus binti Mohd Arshad
Juruaudit (W10)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414155

2 Oktober 2006 - sekarang

  Shartina binti Ayob

Akauntan (WA11)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414152

2 Ogos 2021 - sekarang

 

Ishaq@Amirul Nawab bin Murat
Juruaudit (W10)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414156

1 Disember 2010 - sekarang

Che Halim bin Hussein
Penolong Akauntan (W6)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414152

15 September 2020 - sekarang

 

Mohammad Bahij bin Othman
Penolong Akauntan (W5)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414152

2 Ogos 2010 - sekarang

Nurhuda binti Yahya
Penolong Pegawai Tadbir (N29)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414152

15 September 2020 - sekarang

 

Siti Noor Liza binti Ishad
Pembantu Juruaudit (W2)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414154

24 Oktober 2004 - sekarang

 

Mohd Raslan bin Tajudin
Pembantu Juruaudit (W1)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414153

3 Ogos 2015 - sekarang

 

Mazura binti Zainol
Pembantu Tadbir (N2)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414154

1 Jun 2022 - sekarang

Nor Badarina binti Zainul Abidin
Pembantu Tadbir (N19)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
04-9414153

15 September 2020 - sekarang