PENUBUHAN UNIT AUDIT DALAM UniMAP
Unit Audit Dalam (UAD) KUKUM/UniMAP telah ditubuhkan pada 12 Mei tahun 2003 selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998, Perkara 7, iaitu Peranan Unit Audit Dalam. Unit Audit Dalam UniMAP bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor. Sehingga bulan Disember 2018, Unit Audit Dalam mempunyai 8 orang staf bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.