1. Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik
2.
Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi
3.
Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut
4.
Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada organisasi mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai
5.
Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut
6.
Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan
7.
Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan sama ada ianya telah dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan
8.
Menyelaras tugas Pejabat Audit Dalam dengan Audit Luar
9.
Bersama-sama merancang, merekabentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek: 
 
  • Ciri-ciri kawalan 
 
  • Ciri-ciri ketepatan 
 
  • Keupayaan merekod dokumentasi, supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu Badan Berkanun mencapai matlamatnya
10.
Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan
11.
Melaporkan kepada pihak pengurusan sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan di atas sesuatu teguran audit
12.
Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan
13.
Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh universiti telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya
14.
Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya
15.
Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit yang meliputi perkara berikut:
 
  • Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan audit dalam yang penting
 
  • Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit
 
  • Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan
 
  • Perancangan kerja audit
 
  • Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit
16.
Mengemukakan Laporan Pejabat Audit Dalam kepada Naib Canselor dan kepada Ketua Setiausaha Kementerian