Kami warga Pejabat Audit Dalam Universiti Malaysia Perlis akan sentiasa komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa mengamalkan integriti dan pertimbangan yang adil kepada semua pelanggan. Janji kami adalah seperti berikut:
  • Melaksanakan auditan yang adil, profesional berdasarkan arahan/ pekeliling/ dasar yang berkuatkuasa
  • Mengeluarkan laporan audit dalam tempoh 14 hari selepas mengadakan "Exit Conference" dengan PTJ terlibat
  • Meningkatkan kepatuhan PTJ kepada arahan/ pekeliling/ dasar yang diterima pakai universiti
  • Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Audit empat (4) kali setahun
  • Melaksanakan Rancangan Audit Tahunan seperti yang dirancang dengan kerjasama sepenuhnya daripada pihak auditi
Nota: Mesyuarat JKA Kali Ke-22, Bilangan 1/2017 (24 Februari 2017)