Apakah tanggungjawab Pejabat Audit Dalam?

Tanggungjawab Pejabat Audit Dalam, Universiti Malaysia Perlis ialah menjalankan pengauditan secara bebas (independent) ke atas semua Jabatan/Pusat/Pusat Pengajian/Bahagian/Unit di bawah pentadbiran Universiti Malaysia Perlis serta seterusnya melaporkan hasil-hasil penemuan itu kepada pihak auditi yang berkenaan sebelum dibawa ke Jawatankuasa Audit (JKA)

Apakah objektif audit?

Memastikan pengurusan berkualiti yang mematuhi peraturan, garis panduan, polisi serta dasar kerajaan. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan serta memberi cadangan untuk pembaikan
Memastikan semua operasi yang dijalankan mempunyai standard, manual prosedur kerja yang sistematik serta berkualiti
Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan serta memberi cadangan untuk pembaikan
Menentukan keberkesanan sistem kawalan dalaman semua operasi

Mengapa pengauditan perlu dijalankan?

Tujuan pengauditan dijalankan adalah bagi memastikan setiap PTJ mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta memastikan urus tadbir organisasi mengikut amalan pengurusan yang terbaik yang merangkumi kecekapan, keberkesanan, dan ekonomi berhubung dengan kewangan
 

Apakah jenis pengauditan yang terlibat?

Jenis pengauditan terdiri daripada:-

Pengauditan Prestasi, Pengauditan Khas dan Pengauditan Susulan

 

Apakah yang dimaksudkan pengauditan?

Pengauditan merupakan penilaian, pemeriksaan dan analisis yang bersistematik ke atas penyata kewangan, operasi, rekod dan pengurusan pentadbiran sesuatu organisasi untuk memastikan samada ianya mengikut polisi, peraturan kewangan/perakaunan dan tatacara  yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa

 

Apakah Audit Susulan?

Audit susulan adalah satu pengauditan yang dibuat untuk memastikan perkara-perkara yang telah dipersetujui untuk diambil tindakan pembetulan telah dilakukan oleh pihak pengurusan yang diaudit (Auditee) seperti mana yang telah dinyatakan dalam laporan audit asal. Audit susulan biasanya dijalankan selepas 3 bulan laporan audit dikeluarkan kepada auditee dan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA)

 

Apakah perbezaan antara audit dalam dan audit luar?

Audit Dalam
Ianya ditubuh berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998, Perkara 7, iaitu Peranan Unit Audit Dalam
Lapor kepada Jawatankuasa Audit (JKA) dari segi fungsi audit
Skop auditan ialah pengurusan, kewangan, prestasi, teknologi maklumat dan audit khas
Staf Audit Dalam terdiri daripada staf UniMAP
Audit Dalam ditubuhkan dibawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Naib Canselor
 
Audit Luar
Ianya ditubuhkan dibawah Akta Audit 1957
Lapor kepada Parlimen
Skop auditan memberi tumpuan kepada penyata kewangan
Staf Audit Luar terdiri daripada staf Jabatan Audit Negara
Audit Luar ditetapkan oleh statut dan bertanggungjawab kepada Parlimen